Blogger Backgrounds

Sunday, 24 July 2011

Kebaikan dan Keburukan memancing


Salah satu kaedah usul fiqh: “Asal perkara itu mubah (harus)”

Bila kita ingin mengetahui kebaikan atau keburukan sesuatu perkara, timbanglah dengan neraca syarak.

Sekiranya memancing bukan adalah sumber rezeki kita, maka hukum memancing adalah harus. Namun ia boleh menjadi haram sekiranya kita meninggalkan suruhan dan mengerjakan larangan Allah. Perkara ini dengan mudah menjadi satu keburukan, walaupun pada asalnya perkara itu adalah harus. Contohnya adalah meninggalkan solat semata-mata kerana keseronokan memancing ikan.

Sekiranya memancing adalah sumber rezeki kita, maka ia menjadi wajib untuk kita untuk memancing. Ini kerana sekiranya kita tidak melaksanakannya, kita tidak dapat melaksanakan tuntutan-tuntutan wajib yang lain. Misalnya membeli pakaian untuk menutup aurat dan memberi nafkah kepada keluarga.

Jadi, perkara paling buruk boleh kita lakukan dalam aktiviti memancing ikan adalah melanggar batasan syarak, dan perkara paling baik dari aktiviti tersebut adalah ia mendekatkan kita kepada Allah.

Jadi, perkara2 berkaitan dengan memancing ikan yang masih terpelihara di dalam batasan syarak adalah kebaikan. Antaranya adalah;
  1. Melihat kebesaran kejadian ciptaan Allah S.W.T.
  2. Melatih kesabaran, tawakkal, syukur dan redha.
  3. Mempergunakan masa semasa memancing (sementara menunggu umpan di makan ikan) untuk memperbanyakkan zikir.
  4. Menghirup udara segar (sekiranya memancing di dalam hutan).
  5. Teruskan senarai ini.
Sebaliknya, memancing juga boleh mengundang banyak keburukan. Ukurannya adalah melampaui batasan syarak. Antaranya;
  1. Meninggalkan solat dan fardhu2 lainnya termasuk puasa.
  2. Meningkatkan vocabulary makian dan hamun (kerana tak dapat ikan)
  3. Tidak mempergunakan masa semasa memancing dengan sebaiknya, malah berangan-angan kosong yang tidak memberi apa-apa kebaikan.
  4. Ikan yang dipancing tidak di makan atau disedekahkan atau dihadiahkan. Mungkin hanya dibiarkan busuk – memancing hanya untuk mendapatkan keseronokan “lawanan tarikan ikan”.
  5. Teruskan senarai ini.
mudah-mudahan apa yg saya tulis ini dapat memberi sedikit gambaran tentang kebaikan dan keburukan memancing.

Sebenarnya, semua perkara dalam hidup kita perlu ditimbang dengan neraca syarak untuk membezakan kebaikan dengan keburukan sesuatu yang berkaitan dengan perkara tersebut. Apa yang melanggar batasan syarak adalah keburukan dan yang dalam batasan syarak adalah kebaikan.


Sekian, WAllahua’lam

Wassalam.

Tuesday, 19 July 2011

Pemancing perlu bekas umpan kecil sendiri

PETUA untuk memastikan ikan atau sotong umpan sentiasa berada dalam keadaan segar jika tidak diletakkan dalam keadaan hidup dalam satu tempat khas yang ada oksigen; tentunya bahan umpan itu dimasukkan dalam peti sejuk...
PETUA untuk memastikan ikan atau sotong umpan sentiasa berada dalam keadaan segar jika tidak diletakkan dalam keadaan hidup dalam satu tempat khas yang ada oksigen; tentunya bahan umpan itu dimasukkan dalam peti sejuk. Yang sebaik-baiknya peti sejuk itu tidak kerap atau sewenang-wenangnya dibuka bagi memastikan tahap sejuknya berterusan.

Langkah terbaik ialah pemancing boleh mengambil beberapa ekor sotong dan ikan (jenis selayang atau selar) dimasukkan dalam bekas umpan. Bekas yang sebaik-baiknya ialah yang kecil kerana saiz ini mampu mengekalkan tahap sejuknya.

Bekas umpan ini elok tidak dikongsi. Kerana cara ini juga boleh mengelakkan ketidakselesaan memancing terutama ketika hendak menukar umpan. Justeru, adalah baik untuk tidak mengganggu rakan pancing yang lain dengan memiliki bekas umpan sendiri. Cuma ais mestilah sentiasa berada pada tahap sejuk.

Satu perkara yang perlu diambil ingatan ialah umpan antara sotong dan ikan hendaklah diasingkan. Ini kerana kita tidak mahu kesan bau ini bersatu. Kelak ia akan menjejaskan minat spesies ikan karang di dasar laut.

Namun dalam apa juga keadaan, umpan paling baik dan digemari oleh semua spesies ikan ialah umpan hidup yang tentunya boleh dipancing dari unjam manakala sotong dicandat atau disauk pada waktu malam bulan gelap.

Umpan hidup seperti ini dijamin dapat memberi kejutan pada bila-bila masa saja apabila dilabuhkan. Namun begitu, harapan ini tidak semestinya menjadi kenyataan jika labuhan itu tidak mengena pada terumbu atau lubuk karang yang ada ikan. Untuk memastikan sasaran terbaik, sudah pastinya anda memerlukan alat pengesan.

Apa pun, langkah terbaik bagi mengekalkan tahap umpan sentiasa segar, peti sejuk hendaklah digunakan dan sotong atau ikan hendaklah dilambakkan dalam peti sejuk umpan dan kemudian ditutup dengan guni basah.

Oleh yang demikian, adalah baik jika pemancing mempunyai satu bekas umpan sendiri bagi menjimatkan masa memancing dan anda tidak berebut umpan. Cuma, anda tidak terlalu banyak mengambil umpan dari tong umpan utama. Kerana jika umpan diambil berulang kali dari tong utama, maka ini dibimbangi akan terjejas mutu dagingnya kerana tahap sejuknya tidak lagi maksimum.

Diharapkan petua kali ini menjadi dengan syarat setiap kaki pancing membawa tong kecil sendiri.

tip umpan: katak yang berkesan utk haruan

KATAK minyak yang biasanya ditemui dalam parit atau bawah daun cukup dikagumi kaki mengilat ikan air tawar seperti haruan atau bujuk yang gemar menggunakan umpan ini untuk memburu dua spesies terbabit.

KATAK minyak yang biasanya ditemui dalam parit atau bawah daun cukup dikagumi kaki mengilat ikan air tawar seperti haruan atau bujuk yang gemar menggunakan umpan ini untuk memburu dua spesies terbabit.

Selain mudah didapati, spesies amfibia yang berkaki panjang di belakang dan berkaki pendek di depannya serta berkulit perang muda pada badan dikatakan paling berkesan untuk menjerat ikan terbabit sebagai diet makanan utamanya.

Asalnya daripada telur atas permukaan air, katak minyak ini yang juga seperti katak lain akan berkembang menjadi anak berudu kemudian berubah menjadi katak dewasa apabila mencapai tempoh matangnya.

Bergerak secara melompat dari satu tempat ke tempat lain dan menjadikan serangga sebagai makanannya, katak ini gemar menjadikan kawasan tanah lembap sebagai habitatnya untuk berlindung dari musuhnya.

Secara amnya, spesies dari famili Anura mudah dikesan apabila mengeluarkan bunyi menguap secara berterusan ketika musim mengawan atau hujan.

Di arena memancing, katak minyak bersaiz satu hingga dua sentimeter saja akan digunakan. Caranya, mata kail bersaiz enam atau tujuh dicangkuk pada bahagian duburnya hingga ke dalam perut.

Cara berkesan untuk menjerat ikan haruan menggunakan katak ini, adalah gewang jenis perambut getah atau dikenali sebagai ‘janggut’ oleh pemancing tempatan akan dicangkuk pada katak itu.

Umpan ini dibaling ke kawasan reba kayu dan selepas itu karauan secara perlahan dilakukan untuk meransang deria bau ikan.

Di kedai akuarium, katak banyak dijual dan harganya sekitar 40 sen seekor dan mereka yang ingin mencari sendiri boleh melakukannya dengan menyuluh katak itu di sekitar kawasan padang lembap atau tebing parit, sawah atau sungai.

Kini, katak tiruan juga boleh didapati sekitar kedai menjual peralatan memancing dengan pelbagai saiz dan warna. Katak tiruan kurang efektif berbanding katak hidup, ini kerana faktor bau katak hidup dikatakan cepat merangsang spesies haruan untuk memakannya.

Amal prinsip memancing adalah hobi

SEBELUM turun memancing sama ada memancing di laut, sungai, kolam, lombong atau tasik kadang-kadang kita berdepan pelbagai masalah peribadi, keluarga mahupun di tempat kerja. Justeru, masalah ini pasti menghantui fikiran kita untuk turun memancing. Jadi, tentunya kita tidak dapat ketenangan ketika berada di lokasi memancing lebih-lebih lagi jika lokasi itu berada jauh di tengah laut.
SEBELUM turun memancing sama ada memancing di laut, sungai, kolam, lombong atau tasik kadang-kadang kita berdepan pelbagai masalah peribadi, keluarga mahupun di tempat kerja. Justeru, masalah ini pasti menghantui fikiran kita untuk turun memancing. Jadi, tentunya kita tidak dapat ketenangan ketika berada di lokasi memancing lebih-lebih lagi jika lokasi itu berada jauh di tengah laut.

Dalam keadaan begini, kita harus berpegang pada prinsip bahawa memancing adalah hobi (kegemaran) individu yang boleh diubah suai keadaannya mengikut keadaan daripada semasa ke semasa. Andai kata anda sedang menghadapi anak sakit kuat yang perlu rawatan segera atau ahli keluarga dalam keadaan nazak atau isteri hampir melahirkan bayi, adakah anda akan keluar juga memancing?

Anda sanggupkah meninggalkan tanggungjawab untuk bersama mereka hanya semata-mata kerana anda mahu memancing? Atau, dapatkah anda merasa selesa dan seronok ketika berada di lokasi memancing sedangkan di rumah ada pertarungan antara hidup dan mati?

Jawapannya sangat mudah. Lupakan soal memancing, tangguhkan tarikh atau anda seorang dikecualikan daripada kumpulan yang sudah dirancang sekiranya bot yang ditempah tidak boleh dibatalkan. Biarkan rakan yang lain meneruskan ekspedisi tanpa anda.

Kita jangan terlalu memikirkan soal hobi, sebaliknya soal tanggungjawab sebagai seorang insan yang bernama ayah, suami atau ahli keluarga tertua perlu dilihat sebagai satu yang penting. Apa yang Pak Nuri agak kesal masih terdapat kaki pancing (sebilangan kecil) masih mendahului hobi daripada tanggungjawab lain dan ini meletakkan hobi memancing itu kurang disenangi oleh para isteri dan kaum keluarga.

Namun untuk menjadikan hobi memancing ini sebagai satu aktiviti yang diberi kepercayaan oleh isteri dan kalangan kaum keluarga, anda harus meletakkannya dalam keadaan suasana yang paling harmoni. Maknanya, pemergian anda ke lokasi tidak ada sedikit pun menyentuh hati nurani atau mengguris perasaan sama ada antara suami dengan isteri, anak dan ayah, kaum keluarga serta jiran.

Dengan bersikap harmoni maka anda akan turun memancing dalam keadaan tenang dengan dihantar sendiri oleh isteri dan anak dengan iringi doa.

Alangkah bahagianya jika keadaan begini anda dapat melakukan aktiviti memancing setiap kali anda turun memancing!

Allah akan memberi ganjaran yang berganda. Insya-Allah.

Sunday, 17 July 2011

Kenalan Diri

Assalamualaikum,nama saya MUHD ZULHAIRONI BIN ZAINUN.Nama panggilan saya zul.Saya berasal dari KUALA KEDAH.Umur saya 18 tahun.Saya anak bongsu daripada 3 orang adik beradik.