Blogger Backgrounds

Wednesday, 23 November 2011

JENIS JENIS IKAN AIR TAWAR

                                                          IKAN HARUAN                                   


                                                          IKAN SEPAT


                                                          IKAN SELAT

                                                     
                                                          IKAN TALAPIA

                                                   




                                                                                                                                    
                                                         

                                                                

Saturday, 19 November 2011

Ikan Ketutu/UBI

Ikan Ketutu atau nama saintifiknya Marble Goby merupakan spesies ikan air tawar namun ada juga yang hidup di kawasan air payau. Ikan ini juga dikenali dengan ikan hantu, ikan ubi.Bersifat karnivor iaitu memakan daging dengan memakan anak-anak ikan kecil, udang, siput dan ketam kecil.... ikan ini diberi nama sedemikian adalah kerana bentuk dan corak badannya yang seakan-akan ubi kayu atau kayu yang hodoh di dasar sungai.Ikan Ketutu ini biasanya kawasan seperti lubuk, lombong tinggal dan tasik terutama kawasan mempunyai kayu atau buluh bagi tujuan mencari makanan. Bersifat pendiam dengan aktif pada waktu malam atau keadaan gelap. Ketutu dapat mencapai pembesaran sehingga 50 cm atau 2kg dalam masa 2 tahun.


Ikan ketutu sememangnya terkenal dengan sifatnya yang pemalas. Ia hanya menyambar makanan atau umpan yang lalu di depannya sahaja. Oleh itu, ikan ini menggunakan kelebihannya untuk menyamar bagi mengelirukan mangsanya. Ditambah pula dengan fizikalnya yang seakan-akan kayu buruk.

Ikan ini biasanya aktif pada waktu malam. Masanya banyak dihabiskan dengan berehat di celah-celap kayu,  batu dan sembunyi dalam pasir atau lumpur. Ikan ketutu akan menghampiri kawasan cetek pada malam hari untuk mencari makanan. Ia tidak agresif ketika memburu sebaliknya hanya menunggu mangsa mendekatinya sebelum membuat sambaran.